Meninggal dunia Azizi_Abdullah

Beliau meninggal dunia pada pukul 7.50 pagi, 21 Ogos 2011 setelah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Pulau Pinang sejak 11 Ogos 2011. Beliau telah dimasukkan ke hospital berkenaan pada Mac 2011 dan menjalani pembedahan jantung pada April 2011. Namun, keadaan beliau tidak stabil akibat komplikasi serangan kuman, kencing manis dan masalah buah pinggang, menyebabkan beliau ditahan wad pada Ogos 2011.[6]

Jenazah beliau selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Jamiul Makmur, Kulim, Kedah selepas solat Zohor. Jenazah Allahyarham yang siap dimandi dan dikapan tiba dari Hospital Pulau Pinang ke rumahya di Taman Bersatu, Kulim kira-kira 11.30 pagi dan disambut oleh beratus-ratus orang jiran dan sahabat handai serta rakan-rakan penulis dari Kedah dan Pulau Pinang. Antara yang menziarahi jenazahnya ialah Sasterawan Negara, Datuk Shahnon Ahmad bersama keluarganya. Beliau meninggalkan isterinya Zubaidah Yusuff, 64 dan dua anak perempuan iaitu Anita, 40 dan Azimah, 21.[7]